Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Bunga Orkid ku...

Assalammualaikum dan salam hari jumaat yang penuh barakah. Agak lama juga menunggu bunga orkid ni keluar. Seingat sayalah, beli bunga orkid ni dalam bulan november tahun lepas. Beli dalam keadaan bunganya kembang mekar dan beberapa hari kemudian gugur dah. Lepas tu nak tunggu dia  mengeluarkan pucuk baru dan berbunga punya lama. Ogos minggu ni akhirnya keluar bunga juga. Gembira bukan kepalang saya bila melihat orkid yang dijaga dengan penuh kesabaran dan kasih sayang ni mengeluarkan bunga.hehe.. Itupun nak tunga kelopaknya terbuka dekat seminggu lebih juga. Alhamdulillah subur juga. Ada 5 pasu lagi tengah membesar. Semoga menjadi la juga. Dari segi penjagaan senang sebenarnya. Saya dedahkan dengan matahari dan siram 2 kali sehari kecuali waktu hujan lebat. Ada sembur baja cecair lebih kurang 3@4 rasanya, saya pun tak ingat suda tapi adalah. Sesiapa yang ada hobi yang sama boleh la share-share kat sini. ^_^.

Tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah..part 2

Edisi kedua ni saya sambung lagi cerita tentang perjalanan percutian kami aka honeymoon la katakan. Malu-malu plak nak taip honeymoon.hehe..Sebenarnya tak tahu nak cerita sangat tentang travelling kali ni. Almaklum baru nak mula aktif berblog semula. Entri yang lepas saya dah cerita perjalanan hari pertamakan tapi ni nak cerita semula coz macam tak berapa best plak terus sampai kundasang kan.hehe..okay kawan-kawan the story begin now.... 25 Mei adalah tarikh keramat bagi saya dan suami kerana itulah tarikh kami diijabkabulkan sebagai suami dan isteri!! yehaaa!!hehe,,,ops sori saya' tereksaited' plak..so kami pilih tarikh tu untuk memulakan perjalanan cuti-cuti suami isteri yang kedua tahun..waktu ni kejadian gempa bumi belum berlaku lagi. Alhamdulillah Allah bagi kami peluang sampai dahulu ke daerah ni. Perjalanan kami berdua bermula dari kunak seawal jam 7 pagi dengan menggunakan kenderaan 4 wheel. Dan masa perjalanan mengambil masa 6-7 jam dengan melalui beberapa daer

Tips Langsing dan Sihat dengan senaman squat

Apabila umur dah menjangkau 30-an ni terasa perubahan kesihatan pada badan kita. Dan kalau kita tidak jaga bermula dari usia muda walaupun 30 an ni bukan muda lagi tapi sebaik-baiknya waspada dan peka dengan tahap kesihatan kita. Jangan nak tunggu umur dah 40 dan ke atas baru nak peka dengan tahap kesihatan diri. Jangan ingat muda-muda tak kena darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, lemah jantung, sakit saraf, kanser. Zaman sekarang semua penyakit ini tidak lagi mengikut umur seseorang tapi ikut gaya hidup dan gaya pemakanan kita. Jadi kena waspada dari awal. Lagi tak sihat kalau kita dah terpaksa makan ubat-ubat yang dibekalkan hospital. Buah pinggang pula jadi mangsa. Kesiankan badan kita. Saya dah lama dengar tentang senaman squat ni dan ini adalah satu cara senaman yang paling mudah dan boleh lakukan di rumah. Tidak perlukan peralatan hanya tubuh badan kita sahaja diperlukan. Yalah kalau bukan badan kita badan siapa lagikan?hehe. Okay faedah senaman squat ni setelah p

Roti Sarang Lebah @ Roti Butterscoth akhirnya menjadi...

Amcam? Rare kan bunyi tajuk di atas..sebenarnya dah lama belajar buat roti ni dan selepas berbulan-bulan menunggu mood dan waktu yang sesuai akhirnya terbuat juga ia. Dan paling best tu firstime buat terus jadi selepas meng'google' dan mencapuradukkan resepi-resepi yang diperolehi. Suami dah lama request buat roti dan finally tercapai dah hajat kami berdua. Alhamdulillah. Layan dulu gambarnya ya sebagai bukti aku dah berjaya.hee.. Okay untuk roti ni resepinya saya olah sendiri berdasarkan rujukan-rujukan di blogger-blogger masakan yang lain seperti Azlita masam manis, Jintan manis dan beberapa orang lagi. Ramai sebenarnya jadi korang boleh rujuk dalam blog mereka ya. Okay di bawah ni resepi saya berdasarkan bahan-bahan yang terdapat di rumah saya. Roti Sarang Lebah 2 cwn tepung roti (boleh juga tepung biasa) 1 tbs gula kasar 2 st yis kering 1/2 cwn air suam 1st garam 1/3 cwn susu cair 1/2 st baking powder 1/2 superbake (yang ni tiada pun takpa) 1/3 cwn miny

Kebaikkan air lemon dan madu pada waktu pagi

ihsan google Umum ramai tahu akan khasiat lemon dan madu. Tapi ramai takyang amalkannya? Saya sendiri sedang mengamalkannya dan ternyata memang memberi kesan yang sangat baik pada badan saya. Lemon yang kita tahu tinggi dengan khasiat vitamin C nya so bagi mereka yang mempunyai masalah selesma dan bersin-bersin di awal pagi cubalah petua ni iaitu3 hirisan buah lemon campurkan dalam air suam dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Adik saya sendiri yang amalkan memang berkesan pada dirinya yang sama spesis dengan saya senang sangat diserang selesma di awal pagi. Okay dah keluar tajuk dari asal ni.   Okay yang saya amalkan minum air hirisan lemon dan 1@2 sudu makan madu dibancuh dengan air suam. Sebelumsarapan apa-apa minuman ya. Selepas beberapa minit perut akan memulas dan akan ke tandas untuk membuang air dan ini adalah tindakbalas baik bagi perut kita kerana akan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan badan. Tapi ingin saya tegaskan disini kemungkinan tindakbalas berbeza ba

Tempat menarik di Sabah, edisi kundasang, ranau.

Apa khabar teman blogger sekalian alam maya. Lama rasanya tak update blogger saya ni. Almaklum kesibukan melanda diri walaupun belum ada zuriat lagi. InshaAllah kalau dah ada bertambah-tambah sibuk la mungkin. Alhamdulillah. Okay lah kali ni saya nak kongsi tentang salah satu tempat menarik di negeri Sabah iaitu Kundasang Ranau. Seperti ramai yang sedia maklum kawasan ini telah dilanda gempa bumi yang agak kuat juga sehingga menyebabkan keruntuhan yang teruk berlaku di kawasan gunung kinabalu. Terkejut dan dalam masa yang sama saya dan suami rasa bersyukur kerana kami berada di sana kurang 2 minggu sebelum gempa berlaku. Pergi ke sana untuk honeymoonla katakan. Walaupun saya pernah menuntut di UMS dan menetap di Kota Kinabalu aka K.k selama 5 tahun tapi tak pernah jalan-jalan sekitar kundasang hanya lalu sahaja apabila nak balik kampung. Dan pada 25 mei lalu saya dan suami akhirnya telah sampai di kundasang dan kami menginap di J residence selama 3 hari 2 malam. Tempat-tempat yang